Monday 3 December 2012

Apa itu Hubungan Antarabangsa ?

IR Warriors sumber ilham kepada 10 orang pelajar dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah. kami memilih tajuk " Conflicting Claims on Spratly Islands untuk dipersembahkan ke dalam projek ict yang telah diberikan. Tujuan pemilihan tajuk tersebut adalah berdasarkan dengan konsep hubungan antarabangsa yang bukan sahaja mengkaji mengenai politik dalam sistem antarabangsa, tetapi juga turut mengkaji keseluruhan isu termasuk mengenai isu ekonomi dan sosial yang sedang berlaku dalam sistem antarabangsa masa kini.

Program Hubungan Antarabangsa memberikan intipati yang sangat bermakna di samping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan memahami perlakuan aktor-aktor yang sedang menguasai sistem antarabangsa sama ada aktor yang terlibat merupakan aktor domestik atau aktor antarabangsa. Aktor penting untuk membantu state dalam melicinkan sistem pentadbiran serta perjalanan sesebuah state tersebut.



Selain itu, Hubungan Antarabangsa juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teori-teori atau dikenali sebagai pendekatan terpenting dalam memahami isu yang sedang berlaku dalam sistem antarabangsa. Antara tiga teori terpenting dalam Hubungan Antarabangsa ialah pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism.


No comments:

Post a Comment