Monday 3 December 2012

Bakal sarjana-sarjana Hubungan Antarabangsa.

Terdapat 10 orang ahli dalam kumpulan ICT bagi seksyen 51.

Razif (Mohd. Razif Mustafa)

 Megaa ( Megavani Binti Muthu kumar@Eszwan)


Mel ( Malisah Binti Abd Mutalib)


 Bibi ( Dayangku Siti Noraini )

 Shelley Binti Arba'ani


 Shareen ( Nur Shareen Binti Ahmad)


 Pat @Trisya ( Patricia Binti Junit)


Amoi ( Nurul Atiqah Binti Awang Zakaria)

Sadam ( Sadam Bin Ajan)

Shuhada ( Nurul Shuhada Binti Mustafa)

Apa itu Hubungan Antarabangsa ?

IR Warriors sumber ilham kepada 10 orang pelajar dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah. kami memilih tajuk " Conflicting Claims on Spratly Islands untuk dipersembahkan ke dalam projek ict yang telah diberikan. Tujuan pemilihan tajuk tersebut adalah berdasarkan dengan konsep hubungan antarabangsa yang bukan sahaja mengkaji mengenai politik dalam sistem antarabangsa, tetapi juga turut mengkaji keseluruhan isu termasuk mengenai isu ekonomi dan sosial yang sedang berlaku dalam sistem antarabangsa masa kini.

Program Hubungan Antarabangsa memberikan intipati yang sangat bermakna di samping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan memahami perlakuan aktor-aktor yang sedang menguasai sistem antarabangsa sama ada aktor yang terlibat merupakan aktor domestik atau aktor antarabangsa. Aktor penting untuk membantu state dalam melicinkan sistem pentadbiran serta perjalanan sesebuah state tersebut.



Selain itu, Hubungan Antarabangsa juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teori-teori atau dikenali sebagai pendekatan terpenting dalam memahami isu yang sedang berlaku dalam sistem antarabangsa. Antara tiga teori terpenting dalam Hubungan Antarabangsa ialah pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism.


Pulau Spratly Hak Siapa ?

Pertikaian semakin menular dan mengembang seluas deangan peredaran zaman masa kini. Persoalannya, siapakah yang lebih layak untuk memiliki Pulau Spartly ? Adakah China, Vietnam, Filipina, Brunei, Taiwan atau Malaysia ? Pulau Spratly bukan sahaja terletak di kedudukan yang strategik untuk kapal-kapal berlabuh, tetapi juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat peranginan. Malahan, perkara tersebut secara tidak langsung turut membantu meningkatkan ekonomi sesebuah negara berdasarkan hasil pertukaran mata wang antara negara pelawat dan negara terlibat yang lain.



Pulau Spratly sememangnya terkenal dengan kecantikan serta keunikan pulau itu tersendiri. bertahun sudah berlalu, namun isu pemilikan Pulau Spratly masih kelihatan kabur dan kes tersebut belum dipersetujui untuk di bawa ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Court of Justice (ICJ). Jika kes pemilikan Pulau Spartly di bawa ke isu antarabangsa, andaian keputusan kemenangan sudah tentu akan diberikan kepada negara yang memiliki sempadan yang lebih dekat dengan Pulau Spratly.